NEW YORK: Legenda tenis Serena Williams mengesahkan hamil anak kedua ketika menghadiri acara Majlis Fesyen Met Gala di New York pada Isnin.

Juara Grand Slam 23 kali itu berkata kepada media bahawa "tiga orang" hadir di karpet merah ketika tiba bersama suaminya, Alexis Ohanian.

Sebelum ini, pasangan itu menyambut anak perempuan pertama mereka Olympia pada Oktober 2017.

Serena memberitahu majalah Vogue tahun lalu niatnya untuk bersara daripada sukan tenis dan memberi tumpuan kepada keluarga.

Dalam pos TikTok pada Isnin, Serena memberitahu beliau sangat gembira apabila Anna Wintour selaku pengarang Vogue menjemput mereka ‘bertiga’ ke acara Met Gala.

Selain Serena, model Karlie Kloss turut mengesahkan kehamilan keduanya pada acara tersebut.